Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM ASUF DI KLCC – MPKB-BRI KONGSI PENGALAMAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PELAN TINDAKAN BANDAR HIJAU (GCAP) KOTA BHARU ASUF 2025

KUALA LUMPUR, [14 Ogos 2025] – Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini menjadi tumpuan para pemimpin pihak berkuasa tempatan, penggiat industri, ahli akademik dan organisasi tempatan apabila berlangsungnya Program ASUF 2025 (ASEAN Sustainable Urban Forum), sebuah platform serantau yang menghimpunkan pakar dan pembuat dasar untuk membincangkan strategi pembangunan bandar mampan.

Antara yang mencuri perhatian dalam program ini ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), yang dijemput sebagai speaker utama bagi sesi perkongsian pengalaman mengenai Pengurusan Sisa Pepejal di Kota Bharu.

Dalam taklimatnya, YDP MPKB-BRI menjelaskan pendekatan holistik pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan sisa pepejal, penggunaan teknologi hijau, dan kerjasama komuniti setempat dalam Pengurusan sisa pepejal. Beliau turut menekankan bahawa kejayaan inisiatif ini memerlukan penglibatan aktif masyarakat, sokongan dasar yang kukuh, dan penguatkuasaan berkesan.

Selain itu, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap MPKB-BRI turut diberi ruang menyampaikan taklimat mengenai Green City Action Plan (GCAP) yang dilaksanakan di Kota Bharu. Beliau menerangkan bahawa pelan tindakan ini adalah sebahagian daripada komitmen MPKB-BRI dalam mencapai pembangunan rendah karbon, meningkatkan kualiti hidup penduduk, dan memperkukuh daya tahan bandar terhadap perubahan iklim.

Antara inisiatif yang dibentangkan termasuk pembangunan infrastruktur mesra alam, pengangkutan awam bersepadu, penambahan ruang hijau, serta pelaksanaan projek-projek tenaga boleh diperbaharui.

Program ASUF kali ini dihadiri oleh delegasi daripada pelbagai Negara Asia, menjadikan ia platform penting untuk berkongsi pengalaman, membina rangkaian kerjasama, dan merangka strategi bersama bagi mencapai matlamat pembangunan mampan sejagat.

Dengan pembentangan oleh YDP dan Pengarah Perancang Bandar dan Landskap MPKB-BRI, Kota Bharu sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai sebuah bandar yang proaktif dalam agenda kelestarian bandar, sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju masa depan hijau dan inkusif.

ASUF1

ASUF2

ASUF3

ASUF4

  • Hits: 46