Accessibility Tools

Skip to main content

PERASMIAN PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU (DTRC) KUBUR MARAS, KOTA BHARU

18 Ogos 2025, Isnin - Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) Kubur Maras telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

DTRC ini beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu. Operator yang bertugas hanya pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang, manakala pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam berharap seluruh warga kota mengambil peluang untuk menghantar barangan yang boleh di kitar semula ke pusat Kitar Semula Pandu Lalu di Kubur Maras ini. Barangan kitar semula seperti barangan elektronik (ewaste), barangan berasaskan plastik, kotak, tin termasuk minyak masak terpakai (uco) adalah diterima. Barangan kitar semula ni boleh ditukarkan samada dengan token atau tunai.

Pihak MPKB-BRI juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan pembukaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) Kubur Maras ini. Semoga inisiatif ini menjadi titik tolak kepada masyarakat Kota Bharu untuk terus mengamalkan budaya kitar semula dan bersama-sama menjayakan agenda kelestarian alam sekitar.

#kotabharubebasplastik
#programkomunitiamalanhijau
#minyakmasakterpakaikelantan
#KELANTANKUBERSIH
#Alamsekitartanggungjawabbersama
#SELAMATKANBUMIKITA

DTRC0

DTRC1

DTRC2

DTRC3

DTRC4

DTRC5

DTRC6

  • Hits: 43