Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH BINA BAHARU PPKB DI BAWAH PERUNTUKAN KPKT

25 Ogos 2025, Kota Bharu - Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Program Bina Baharu Rumah PPKB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Pasir Tumboh.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Abd Rahman Bin Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan merangkap ADUN Pasir Tumboh.

Penyerahan ini melibatkan 2 buah rumah bina baru kepada penerima di kawasan Pasir Tumboh.

Turut hadir sama, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis, pegawai MPKB-BRI serta Penghulu setempat.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kerajaan Negeri Kelantan atas komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan rumah yang selesa dan kondusif. Semoga inisiatif ini terus diperkasa demi manfaat masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan di Bandar Raya Islam Kota Bharu.

#mpkbbri
#KPKT
#PerumahanUntukRakyat
#MembangunBersamaIslam

 PPKB1

PPKB2

PPKB3

PPKB4

PPKB5

  • Hits: 4