KUNJUNGAN HORMAT DUTA JEPUN - MALAYSIA KE MPKB-BRI
28 Ogos 2025, Kota Bharu - YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersama pegawai-pegawai majlis menyambut mesra kunjungan hormat Mr. Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun - Malaysia ke MPKB-BRI.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi menjalinkan hubungan mesra serta berkongsi pandangan berhubung potensi kerjasama dalam bidang pembangunan bandar, pelancongan, kebudayaan dan pertukaran pengalaman antara MPKB-BRI serta pihak Kedutaan Jepun.
Kunjungan ini menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan diplomatik serta membuka ruang kerjasama strategik antara MPKB-BRI dan pihak Kedutaan Jepun, khususnya dalam aspek pembangunan bandar, kebudayaan serta hubungan dua hala.
Pihak MPKB-BRI merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan ini, semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.
- Hits: 5