Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 68 PERINGKAT MPKB-BRI

27 0gos 2025, Rabu - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menganjurkan Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan Ke-68 peringkat MPKB-BRI dengan penuh semangat patriotisme dan perpaduan bertempat di Dataran Bandar Raya Kota Bharu.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Abd Rahman Bin Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan merangkap ADUN Pasir Tumboh. Turut hadir sama, YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahli-ahli Majlis serta pegawai MPKB-BRI dan warga Kota Bharu.

Pelbagai pengisian menarik turut dipersembahkan sepanjang program, antaranya persembahan Dekon Kemerdekaan menampilkan lakonan dramatik yang mengisahkan liku-liku pejuang tanahair dalam menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan negara, sekali gus menyemarakkan semangat patriotik.

Deklamasi sajak oleh wakil berbilang kaum yang menggambarkan keharmonian, kebersamaan dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta serta persembahan nyanyian lagu patriotik gabungan seni tradisi dan irama moden dengan lagu-lagu penuh semangat kemerdekaan yang membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu juga persembahan dikir barat kebudayaan rakyat Kelantan yang penuh energi, diiringi persembahan buskers yang menghiburkan para hadirin dengan alunan muzik santai tetapi berjiwa merdeka.

Cabutan bertuah dan kuiz kemerdekaan yang menguji pengetahuan pengunjung berkaitan sejarah dan tokoh kemerdekaan negara, sekali gus menghidupkan semangat cintakan Malaysia dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir serta menjayakan penganjuran program ini.

#MPKBBRI
#MembangunBersamaIslam
#BulanKemerdekaanKe
68

MERDEKA1

MERDEKA2

MERDEKA3

MERDEKA4

MERDEKA5

MERDEKA6

MERDEKA7

 

  • Hits: 4