Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN TEKNIKAL SIMULASI PENCAHAYAAN FASAD PASAR BESAR SITI KHADIJAH

08 September 2025, Isnin - Satu lawatan teknikal telah diadakan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu bagi meneliti dan menentusahkan pemasangan pencahayaan luar termasuk simulasi langsung pencahayaan fasad di keseluruhan bangunan ikonik Pasar Besar Siti Khadijah.

Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Ir. Ismail Bin Hisham, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia. Hadir sama wakil MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI serta pegawai-pegawai MPKB-BRI.

Pelaksanaan simulasi ini diadakan bagi memastikan sistem pencahayaan yang dipasang menepati spesifikasi teknikal, sekali gus memperindahkan wajah Pasar Besar Siti Khadijah sebagai mercu tanda utama bandar Kota Bharu.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan lawatan teknikal ini demi merealisasikan transformasi pencahayaan Bandar Raya Islam.

PENCAHAYAAN1

PENCAHAYAAN2

PENCAHAYAAN3

PENCAHAYAAN4

PENCAHAYAAN5

PENCAHAYAAN6

 

  • Hits: 17