Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM DIIKTIRAF SEBAGAI π’πŒπ€π‘π“ π‚πˆπ“π˜ π„π€π‘π‹π˜ π€πƒπŽππ“π„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ“

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM DIIKTIRAF SEBAGAI π’πŒπ€π‘π“ π‚πˆπ“π˜ π„π€π‘π‹π˜ π€πƒπŽππ“π„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ“

PUTRAJAYA, 28 Oktober 2025 – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI ) melakar kejayaan yang membanggakan apabila menerima pengiktirafan Smart City Early Adopter 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Kongres Perancangan Kebangsaan (NPC) 2025 dan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025.

Penganugerahan berprestij ini disampaikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diiringi oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, serta YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia

Pengiktirafan ini diberikan kepada pihak berkuasa tempatan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar Malaysia berdasarkan penilaian MS ISO 37122:2019 Sustainable Cities and Communities Indicators for Smart Cities.

Kongres kali ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, yang menegaskan komitmen kerajaan memperkukuh dasar pembaharuan bandar melalui inovasi dan teknologi pintar bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat bandar.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga MPKB-BRI atas dedikasi, komitmen dan kerjasama berterusan dalam menjadikan Kota Bharu sebagai sebuah bandar pintar, mampan dan berdaya huni menjelang 2035, selaras dengan Agenda Bandar Pintar Negara ke arah pembangunan bandar yang inklusif, berdaya saing dan berteknologi tinggi.

#MajlisPerbandaranKotaBharu
#hpbs2025
#WorldTownPlanningDay
#SmartCity_EarlyAdopter
#smartcity_earlyadopter

SMARTCITY1

SMARTCITY2

SMARTCITY3

SMARTCITY4

  • Hits: 26