Accessibility Tools

Skip to main content

PREMIS DIKOMPAUN, BUANG SAMPAH PERNIAGAAN DI LUAR TONG SAMPAH AWAM

 PREMIS%20DIKOMPAUN
 

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis di Kawasan Perindustrian Meil Lundang selepas didapati membuang sampah perniagaan di luar tong sampah awam, meskipun kemudahan tong telah disediakan. Kesalahan yang direkodkan pada 15 November 2025 itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil MPKB-BRI, yang membolehkan kompaun sehingga RM1,000 dikenakan.

MPKB-BRI turut menyatakan rasa kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang terus membuang sampah di luar tong walaupun kemudahan telah disediakan oleh majlis. Tindakan sebegitu bukan sahaja melanggar peraturan kebersihan, malah menjejaskan imej bandar dan keselesaan komuniti.

Sehubungan itu, MPKB-BRI memandang serius perkara ini dan akan memperketatkan pemantauan serta mengambil tindakan sewajarnya, dengan harapan ia menjadi pengajaran yang membina serta menggalakkan masyarakat bekerjasama menjaga kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.

#KELANTANKUBERSIH
#PenghayatanMembangunBersamaIslam

  • Hits: 10