Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM JALINAN BUDAYA & PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL KELANTAN 2025

6 Disember 2025 Sabtu , MPKB-BRI telah berjaya melaksanakan Program Jalinan Budaya dan Pertandingan Masakan Tradisional Kelantan 2025 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Perniagaan Cina, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan Pertandingan Masakan Tradisional Kelantan melibatkan 20 pasukan terdiri dari 60 peserta pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Siam telah mengambil bahagian bagi kategori masakan Melayu, Cina, India dan Siam. Satu pasukan telah dipilih untuk menjuarai bagi setiap kategori di mana bagi kategori masakan Melayu dimenangi oleh Srikandi (Puspanita MPKB-BRI), masakan Cina oleh Persatuan Guolin Qigong, masakan India oleh KB Jothi dan masakan Siam oleh Khrua Siam.

Pada sebelah malamnya Program Jalinan Budaya telah dirasmikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Haji Takiyuddin Bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu dan YB Shaari Bin Mat Yaman, Adun Bunut Payong manakala YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, turut hadir mewakili Dato’ Yang Dipertua yang kini berada di luar negara atas urusan kerja rasmi dan Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan, serta komuniti Melayu, Cina, India dan Siam turut hadir memberikan sokongan menjayakan program ini.

Acara Program Jalinan Budaya diteruskan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti Persembahan Simfoni Pergendangan yang menggabungkan gendang silat, gendang Cina 24 Musim dan gendang India, selain persembahan nyanyian lagu Kelate Kito oleh Fendi Kenali serta persembahan nyanyian daripada komuniti Cina dan India serta pertunjukan Silat Cekak Malaysia.

Program ini merupakan platform memperkukuhkan perpaduan, keharmonian serta hubungan antara kaum di bandar Kota Bharu yang menjadi jambatan untuk saling mengenali, mengeratkan silaturahim, dan menanam rasa bangga sebagai warga Kota Bharu. MPKB-BRI komited untuk terus menganjurkan program yang membawa kesejahteraan dan memperkukuh jalinan kebudayaan antara kaum.

jalan budaya2

jalan budaya1

jalan budaya6

jalan budaya8


  • Hits: 14