MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH 2025
10 Dis 2025
MAJLIS SAMBUTAN HARI KELANTANKU BERSIH 2025
08 Disember 2025, Isnin - Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kompleks Kota Darul Naim. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato' Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
MPKB-BRI turut hadir dan diwakili oleh YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI.
Pada majlis tersebut, MPKB-BRI telah berjaya meraih beberapa kejayaan dalam pelbagai kategori pertandingan, iaitu Johan Kategori Anugerah Pasar Awam Pihak Berkuasa Terbersih (Pasar Tok Guru Cabang 3, Pengkalan Chepa) dan Tandas Awam Pihak Berkuasa Terbersih (Tandas Awam Pasar Siti Khadijah). Manakala Naib Johan Anugerah Kecemerlangan PBT 2025, Anugerah Taman Perumahan Terbersih (Taman Desa Telipot), Anugerah Premis Perumahan Terbersih (Restoran Al-Khatiri).
Dalam majlis yang sama, Kerajaan Negeri Kelantan turut mengumumkan pemberian bantuan kewangan berjumlah RM148,500.00 kepada MPKB-BRI. Bantuan ini diberikan sebagai sokongan terhadap pelbagai inisiatif kebersihan, pengurusan bandar dan program pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak MPKB-BRI.
Sumbangan tersebut dijangka dapat memperkukuh keupayaan MPKB-BRI dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, termasuk usaha memperindah kawasan tumpuan awam, mempertingkatkan fasiliti bandar serta memastikan persekitaran yang lebih bersih dan teratur. Langkah Kerajaan Negeri ini mencerminkan komitmen bersama dalam merealisasikan agenda Kelantanku Bersih serta meningkatkan kesejahteraan warga Kota Bharu secara berterusan.
MPKB-BRI merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif Kelantanku Bersih. Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada MPKB-BRI untuk terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan, kelestarian dan kesejahteraan bandar demi manfaat seluruh warga Kota Bharu. Semoga komitmen berterusan ini dapat menjadikan Kota Bharu sebuah Bandar Raya yang lebih bersih, indah dan harmoni.

- Hits: 27