LAWATAN RASMI PERBADANAN PUTRAJAYA KE MPKB-BRI
14 Dis 2025
LAWATAN RASMI PERBADANAN PUTRAJAYA KE MPKB-BRI
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menerima kunjungan lawatan rasmi daripada Perbadanan Putrajaya yang diketuai oleh Tn Haji Mustafa Kamal Bin Ismail, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Taman, Jabatan Landskap dan Taman.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat serta berkongsi maklumat berkaitan perancangan dan pembangunan landskap bandar, khususnya projek-projek landskap yang dilaksanakan di pusat bandar Kota Bharu, Kelantan. MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Perbadanan Putrajaya mengadakan lawatan ini, di samping membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam usaha memperkasa pembangunan landskap bandar yang mampan dan berkualiti.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan demi kesejahteraan dan kelestarian bandar untuk manfaat bersama.

- Hits: 16