Accessibility Tools

Skip to main content

Kunjungan Hormat Yang Dipertua MPKB-BRI Baharu Ke Pejabat EXCO

17 Dis 2025
Kunjungan Hormat Yang Dipertua MPKB-BRI Baharu

Kunjungan hormat telah diadakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) ke Pejabat YB Hilmi Abdullah, EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Pelantikan YBhg. Dato’ Haji Zulkifle adalah bagi menggantikan YBhg. Dato’ Haji Azi Rahimee bin Mohamed yang telah bertukar jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), SUK Kelantan.

YBhg. Dato’ Haji Zulkifle pernah berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Islam Kelantan dan sebelum itu sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK).

Diharapkan agar dengan pengalaman serta kepimpinan YBhg. Dato’, MPKB-BRI akan terus mencapai kecemerlangan, kemajuan yang berterusan serta menjamin kesejahteraan warga Kota Bharu secara keseluruhannya.

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas.

 

exco1x

 exco2

exco3

  • Hits: 23