Accessibility Tools

Skip to main content

YANG DIPERTUA MPKB-BRI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI NARATHIWAT, THAILAND

01 Januari 2026, Khamis – YABhg. Dato' Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Narathiwat, Thailand justeru menjadi pembuka acara bagi tahun 2026. Kunjungan ini bertujuan menyampaikan ucapan tahniah secara rasmi di atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua MPKB-BRI yang baharu.

Pertemuan tersebut turut menjadi medan perbincangan strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Kota Bharu dan Narathiwat, khususnya melalui kerjasama ekonomi sempadan serta promosi pelancongan budaya yang dapat menarik ramai pelancong ke bandar Kota Bharu. Narathiwat juga berhasrat pihak MPKB-BRI dapat mengadakan kunjungan ke Narathiwat sebagai tanda hubungan baik antara dua negara.

Pertemuan yang penuh mahabbah ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik keakraban hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua wilayah.

Semoga kerjasama erat ini membuka lembaran baharu bagi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua wilayah sempadan. Selamat datang delegasi Narathiwat ke Kota Bharu.

#MPKBBRI #BandarRayaIslam #KotaBharu #Narathiwat #KunjunganHormat #MalaysiaThailand #KelantankuBersih

NARATHIWAT1

NARATHIWAT2

NARATHIWAT3

NARATHIWAT4

  • Last updated on .
  • Hits: 15