PROGRAM SOLAT DHUHA MPKB-BRI 2026
04 JANUARI 2026, Ahad – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah memulakan kalendar tahun 2026 dengan penganjuran Program Solat Dhuha bertempat di Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu, pagi tadi.
Program yang dihadiri oleh warga kerja MPKB-BRI ini bertujuan untuk memohon keampunan, keberkatan, serta keredhaan daripada Allah S.W.T. dalam melaksanakan tugasan harian demi kesejahteraan warga kota.
YABhg Dato' Hj Zulkifle b Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI turut menyampaikan amanat penting yang menekankan budaya kerja berteraskan Amanah dan Tanggungjawab. Beliau menegaskan bahawa nilai-nilai ini perlu dijunjung tinggi oleh seluruh warga kerja MPKB-BRI dalam memikul mandat yang diberikan.
Penganjuran program ini merupakan satu permulaan yang sangat baik bagi tahun 2026. Pihak pengurusan berharap agar momentum kerohanian ini dapat dikekalkan (istiqomah) bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti dan sentiasa mendapat hidayah Ilahi.
#MPKBBRI #BandarRayaIslam #KotaBharu #SolatDhuha2026 #AmanahDanTanggungjawab #KelantanMembangunBersamaIslam





- Last updated on .
- Hits: 15