MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM (MPKB-BRI) BAGI TAHUN 2026
12 Januari 2025 - Seramai 24 orang Ahli Majlis menghadiri Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis MPKB-BRI bagi tahun 2026 di Dewan Platinum, Renai Hotel, Kota Bharu jam 3.00 petang. Majlis ini adalah merupakan susulan dan kesinambungan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kompleks Kota Darul Naim pada sebelah pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YABhg Dato’ Hj Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI dan seterusnya disempurnakan ucapan perasmian oleh YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Datuk Seri Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu), YB Datuk Dr Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa), YB Dato’ Hjh Rohani Binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan merangkap ADUN Tanjung Mas, YB Dato Haji Abdul Rahman Bin Yunus (ADUN Pasir Tumboh), YB Tuan Shaari Bin Mat Yaman (Adun Bunut Payong), YB Tuan Haji Nik Bahrum Bin Nik Abdullah (ADUN Chempaka) dan YB Tuan Saizol Bin Ismail (ADUN Salor) yang merupakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.
Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis MPKB-BRI telah disempurnakan di hadapan YABhg Dato’ Hj Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI dan disaksikan oleh YB Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI dan para pegawai MPKB-BRI.
Majlis berharap agar barisan Ahli-Ahli Majlis yang baharu dilantik akan menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, komited dan keikhlasan demi memperkasa perkhidmatan MPKB-BRI serta memakmurkan kesejahteraan warga Kota Bharu sejajar dengan hasrat membangunkan bandar Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam





- Last updated on .
- Hits: 33