Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA MPKB-BRI BAGI BULAN FEBRUARI 2026

01 Februari 2026, Ahad - Program Solat Sunat Dhuha MPKB-BRI bagi Bulan Februari 2026 telah dilaksanakan bertempat di Masjid An-Naim, Sri Cemerlang, Kota Bharu. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerohanian MPKB-BRI yang dilaksanakan selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Kelantan bagi Tahun 2026, yang menekankan pengukuhan amalan kerohanian serta pembentukan nilai murni dalam perkhidmatan awam.

Program ini telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, para pegawai serta kakitangan MPKB-BRI.

Pengisian program dimulakan dengan pelaksanaan Solat Dhuha, diikuti dengan Tazkirah Dhuha yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sanusi Derani. Tazkirah tersebut menekankan kepentingan istiqamah dalam ibadah serta penghayatan nilai-nilai kerohanian dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seharian.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berterusan bagi menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam melahirkan penjawat awam yang berintegriti, berakhlak mulia dan seimbang dari aspek jasmani serta rohani.

SOLATDHUHAFEB1

SOLATDHUHAFEB2

SOLATDHUHAFEB3

SOLATDHUHAFEB4

  • Last updated on .
  • Hits: 10