Accessibility Tools

Skip to main content

π—¦π—’π—Ÿπ—”π—§ 𝗦𝗨𝗑𝗔𝗧 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ

11 Ramadan 1447H
1 Mac 2026

Solat Sunat Dhuha Bulanan MPKB-BRI telah diadakan di Madinah Ramadan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.
Program ini telah dihadiri oleh YABhg Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs. En Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob, Ketua Whip MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, para pegawai serta kakitangan MPKB-BRI.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah yang penuh pengisian dan peringatan bermanfaat oleh Dr. Haji Mohd Alwee bin Yusoff, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan. Tazkirah yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan istiqamah dalam ibadah, memperkukuh nilai integriti serta meningkatkan keikhlasan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Semoga program seperti ini terus menjadi medium untuk memperkasa pembangunan rohani, memupuk ukhuwah serta melahirkan warga kerja yang berakhlak mulia, berintegriti dan sentiasa mendapat keberkatan dalam menjalankan tugas demi agama, masyarakat dan negeri.
 
dhuha1

dhuha2

dhuha3

dhuha4
 
dhuha5
 
dhuha6
 
dhuha7
 
dhuha8
  • Last updated on .
  • Hits: 7