Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM BRAINSTORMING MEMAJUKAN PASAR-PASAR AWAM MPKB-BRI
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 55
Program Brainstorming Memajukan Pasar-Pasar Awam MPKB-BRI
Anjuran Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian Perkhidmatan MPKB-BRI, program ini telah diadakan pada 16 Oktober 2024 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1446H, dengan penyertaan seramai 30 orang kakitangan pelaksana dan sokongan. Program ini bertujuan untuk:
1. Mendapatkan pandangan serta idea daripada kakitangan pelaksana MPKB-BRI yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan, pengurusan, penyenggaraan, dan penguatkuasaan pasar awam MPKB-BRI, bagi memajukan pasar-pasar awam yang semakin kurang mendapat sambutan ketika ini.
2. Memberi penerangan dan pengetahuan berkaitan isu-isu yang dihadapi MPKB-BRI di pasar awam, khususnya di empat pasar utama iaitu Pasar Siti Khadijah, Pasar Berek 12, Pasar Tok Guru Pengkalan Chepa, dan Pasar Tok Kenali, Binjai.