msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

LAWATAN KERJA DAN PEMANTAUAN PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR TAHUN 2024 MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
17 November 2024, Ahad - Lawatan ini merupakan kunjungan kali pertama Tuan Hj. Suhaimi bin Ali @ Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke MPKB-BRI dalam Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PPKB).

Tujuan lawatan kerja adalah turun padang dan melawat Program Bina Baharu di Bandar bagi Negeri Kelantan tahun 2024 khususnya di Kota Bharu memandangkan MPKB-BRI merupakan antara PBT yang menerima peruntukan tertinggi Program Bina Baharu Rumah di Bandar bagi tahun 2024.

Negeri Kelanan merupakan antara 6 negeri yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat bagi cadangan projek pembangunan dan penyaluran pelbagai bantuan. KPKT sentiasa komited dalam menyampaikan hasrat Kerajaan untuk membantu golongan miskin bandar dalam menyediakan kediaman yang selamat dan selesa.

Secara keseluruhan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (tahun 2021 hingga 2024), KPKT telah menyalurkan sebanyak RM 37.0 juta di bawah PPKB untuk negeri Kelantan iaitu negeri penerima tertinggi dengan pecahan sebanyak RM 33.8 juta bagi Program Baik Pulih Rumah di Bandr dan sebanyak RM 3.2 juta disalurkan di bawah Program Bina Baharu Rumah di Bandar.

MPKB-BRI merupakan PBT yang menerima jumlah peruntukan tertinggi bagi kedua-dua program ini di negeri Kelantan serta merupakan PBT yang secara konsisten menghantar permohonan bagi kedua-dua program tersebut setiap tahun.

Secara keseluruhannya, MPKB-BRI telah menerima penyaluran peruntukan daripada KPKT sebanyak RM 10.3 juta bagi tempoh 4 tahun (2021-2024) iaitu pelaksanaan sebanyak RM 8.2 juta disalurkan bagi Program Baik Pulih Rumah dan baki RM 2.1 juta disalurkan bagi Program Bina Baharu Rumah.

Pencapaian belanja bagi MPKB-BRI bagi Program Baik Pulih Rumah adalah 100% manakala Program Bina Baharu Rumah sebanyak 96.5%.
Prestasi cemerlang ini ditunjukkan melalui kerjasama dalam mengemukakan permohonan lengkap dan berkualiti dan sentias mematuhi timeline serta kaedah penghantaran tuntutan bayaran.

TKSU menyampaikan ucapan tahniah kepara para pegawai MPKB-BRI yang sentiasa komited dan bersunguh-sungguh dalam menjayakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar ini. Beliau merasakan tidak semua orang mampu untuk turun padang ke setiap rumah yang memerlukan bantuan ini sekiranya kurang rasa ehsan dan keikhlasan bagi membantu golongan tersebut.

Beliau juga berharap prestasi cemerlang ini dapat diteruskan dalam melaksanakan pelbagai projek di bawah KPKT di masa hadapan.
Lawatan hari ini melibatkan 5 buah rumah Bina Baharu di Bandar yang sudah siap pembinaan dan sedia untuk didiami.

PPKB1
PPKB2
PPKB3
PPKB4
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: pentadbiran@mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png3.png8.png7.png0.png
Today3
Yesterday35
This week68
This month94
Total43870

2024-12-04
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 02 Disember 2024, 10:30:12.

Search