LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT YDH KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU KE PEJABAT YABRS YANG DIPERTUA MPKB-BRI
05 Januari 2025, Ahad - Pejabat YABrs Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menerima kunjungan hormat YDH ACP Mohd Rosdi bin Daud, Ketua Polis Daerah Kota Bharu bersama beberapa pegawai polis iaitu YDH DSP Tengku Maslinda Binti Tengku Mansor (KBPD IPD Kota Bharu), YDH DSP Iskandar Bin Mohamed (KBPJKK IPD Kota Bharu), YDH ASP Mohd Sany Bin Hussin (Insp Pelesenan IPD Kota Bharu), dan YDP Insp Khamizal Bin Abdul Ghafar (KP Balai Pengkalan Chepa).
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dua Hala antara pihak MPKB-BRI dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai aspek, termasuk keselamatan bandar, pengurusan lalu lintas, serta usaha meningkatkan kesejahteraan awam.
Tuan Yang Dipertua MPKB-BRI turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas usaha mereka dalam memastikan keselamatan dan keharmonian warga Kota Bharu.
- Hits: 91