KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN TABUNG HAJI NEGERI KELANTAN
06 Januari 2025, Isnin - Pengurusan Tabung Haji Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan berharga ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Kunjungan hormat Tabung Haji diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Rosli Bin Mustapai (Ketua Kewangan Negeri Kelantan) serta bersama pegawai iaitu Tuan Haji Alhar Bin Ismail (Ketua Pentabiran Haji Negeri Kelantan) dan Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Roslan (Ketua Pemasaran Negeri).
Tujuan utama kunjungan adalah sesi suai kenal pihak pengurusan Tabung Haji Negeri Kelantan kepada Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed dilantik sebagai Yang Dipertua MPKB-BRI yang baharu serta membina hubungan yang lebih mesra dan profesional antara kedua-dua pihak.
Selain itu juga, bagi memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang dapat membantu masyarakat dalam merancang simpanan untuk menunaikan ibadah haji, serta memberi peluang untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Selain itu juga, pihak Tabung Haji memberikan penerangan tentang produk-produk terbaru yang membolehkan masyarakat merancang kewangan dengan lebih mudah dan berkesan.
Dengan adanya kunjungan ini, pihak majlis berharap lebih ramai individu dapat memahami dan memanfaatkan produk Tabung Haji untuk menjamin persediaan kewangan yang lebih baik bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Tabung Haji di atas kunjungan kerjasama serta sokongan yang diberikan. Semoga pertemuan ini menjalin kerjasama yang lebih erat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
#MembangunBersamaIslam
#mpkbbri
#kotabharu
#PBT
#tabunghaji
- Hits: 71