Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

Tel

FAQ

FAQ

Phonebook 1

SITEMAP

KUNJUNG HORMAT DARIPADA BANK RAKYAT CAWANGAN KOTA BHARU

06 Januari 2025, Isnin – MPKB-BRI menerima kunjung hormat daripada pihak pengurusan Bank Rakyat cawangan Kota Bharu di pejabat Yang Dipertua MPKB-BRI. Kunjungan Bank Rakyat diketuai oleh Encik Mohd Sufian Bin Md Nawi, Pengurus Perniagaan Kelantan/Terengganu serta 2 orang pegawai Puan Nur Syarafima Binti Rosli dan Encik Norazfar Bin Mohd Ghazali.

MPKB-BRI amat berbesar hati menerima kunjungan hormat Bank Rakyat cawangan Kota Bharu dan berharap dengan adanya kerjasama yang lebih erat, Bank Rakyat dapat terus memberi perkhidmatan kewangan yang terbaik kepada semua pelanggan di Kota Bharu dan sekitarnya.

Kunjungan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama serta membincangkan peluang-peluang yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat. Bank Rakyat juga menawarkan pelbagai perkhidmatan dan utiliti untuk memenuhi keperluan kewangan individu, perniagaan, dan sektor korporat.

Pihak Majlis amat menghargai komitmen Bank Rakyat dalam memberikan sokongan dan kerjasama yang berterusan, terutamanya dalam menjayakan program-program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga hubungan ini terus berkembang dan memberi kebaikan kepada semua.

Sekali lagi, terima kasih kepada Bank Rakyat Kota Bharu atas sokongan yang diberikan.

#MembangunBersamaIslam
#mpkbbri
#kotabharu
#PBT
#bankrakyat

BR2

BR3

BR4

  • Hits: 43