KUNJUNGAN HORMAT TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) KE PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM (MPKB-BRI)
07 Januari 2025, Selasa – MPKB-BRI menerima kunjungan hormat daripada pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diketuai oleh Encik Muhammad Azli Bin Ab Rahim, Pengurus Besar TNB Negeri Kelantan bersama beberapa orang pegawai iaitu Encik Khabir Sufi Bin Berhanudin (Ketua Retail TNB Negeri Kelantan), Encik Mohd Fadhli Mohammad (Custom Care Officer TNB Retail Kota Bharu), Encik Muhammad Haslan Bin Ismail (Ketua State Retail Partner) dan Encik Mohd Roshazhar Bin Ariffin (Pengurus Hal Ehwal Berkepentingan TNB Negeri Kelantan).
Kunjungan ini bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan kerjasama antara TNB dan MPKB-BRI dalam memastikan penyampaian perkhidmatan elektrik yang lebih efektif dan berkualiti kepada warga Kota Bharu. Selain itu juga, TNB akan menyokong pembangunan bandar dan keperluan bekalan elektrik yang lebih stabil dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.
Pihak MPKB-BRI juga amat berbesar hati Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan hasrat menjadi salah satu penyumbang kepada program Madinah Ramadan 1446H/2025M yang merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Kelantan di mana MPKB-BRI adalah merupakan urusetia kepada program tersebut.
Kunjungan hormat TNB ke MPKB-BRI merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan komuniti dan dengan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua pihak, pihak Majlis yakin bahawa usaha ini akan membawa perubahan positif dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih baik, serta menyokong pembangunan dan kesejahteraan warga Kota Bharu.
Terima kasih diucapkan kepada TNB atas kunjungan ini.
- Hits: 58