MPKB BRI JOHAN TAMAN REKREASI TERBERSIH DAN TAMAN PERUMAHAN TERBERSIH SEMPENA ANUGERAH KELANTANKU BERSIH 2024
12 Januari 2025 (Ahad) - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menjadi Johan bagi Kategori Taman Rekreasi Pihak Berkuasa Tempatan Terbersih (Taman Perbandaran Tengku Anis) dan Johan bagi Kategori Taman Perumahan Terbersih (Taman Guru) sempena Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2024.
Majlis sambutan yang diadakan di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan itu dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
YABrs Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua, MPKB-BRI dan YBrs. Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha, MPKB-BRI hadir menerima hadiah bagi pihak MPKB-BRI
Majlis pada hari ini bertujuan mengiktiraf semua gerak kerja Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Kelantan, agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam usaha menjaya agenda Kempen Kelantanku Bersih.
Diharap dengan kemenangan ini dapat menaikkan lagi semangat serta kualiti warga kerja MPKB-BRI dalam melaksanakan tugasan serta amanah kepada warga Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
#MembangunBersamaIslam
#mpkbbri
#kotabharukelantan
#PBT
#kelantankubersih
- Hits: 79