24 AHLI MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS MPKB-BRI 2025
13 Januari 2025 (Isnin) - Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi mewakili Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPKB-BRI telah berlangsung di Dewan Bunga Raya MPKB-BRI di hadapan YABrs Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamed, Yang Dipertua, MPKB-BRI dan disaksikan oleh YBrs Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI, Pengarah-Pengarah Jabatan dan para pegawai MPKB-BRI.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini memberikan harapan baru kepada pembangunan dan kemajuan MPKB-BRI.
#MembangunBersamaIslam
#kelantan
#PBT
#ahlimajlis
#angkatsumpah
#mpkbbri
- Hits: 110