MAJLIS TAKLIMAT DAN SIMULASI BIDANG TUGAS PASUKAN AMILIN/AMILAT
Pada 22/02/2025, Majlis Taklimat Dan Simulasi Bidang Tugas Pasukan Amilin/ Amilat jam 8.00 am- 12.00 pm telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada team Urusetia Jawatankuasa Seranta dan Pasukan Amilin/ Amilat yg terdiri dr Bahagian Pembangunan & Pelaburan, MPKBBRI, pihak Ubes dan adik-adik leader dilantik Amilin/ Amilat yang bertungkus lumus memastikan Majlis berjalan lancar.
Sejurus selepas itu Majlis Perasmian Penutup Taklimat dan Simulasi Bidang Tugas Kepada Pasukan Amilin/ Amilat Madinah Ramadan 1446H/2025 yang disempurnakan oleh YB Hilmi Bin Abdullah merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan. Gimik perasmian memperkenalkan baju rasmi amilin/ amilat.
Turut hadir YB. Dato’ Hj Abd Rahman bin Yunus, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YBrs. Hj Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob Timbalan Ketua Whip MPKBBRI, Ahli2 Majlis dan pengarah-pengarah MPKBBRI.
Pasukan Amilin/ Amilat mendapat tajaan baju, goodies dan sarapan pagi daripada Nasken, Najeehah, PKINK, PKT, Jalen, KB Seragam, I-Medikal, Naniz Empire dan Maxim.
#sukarelawankelantan
#sukarelawan
#kelantan
#terimakasih
#madinahramadan
#2025
- Hits: 122