Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH KEPADA KAKITANGAN DI JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR MPKB-BRI

Kota Bharu, 26 Mac 2025 – Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih kepada kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Bandar MPKBBRI berlangsung dengan penuh makna dan keberkatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Hj Azi Rahimee bin Haji Mohamed bertempat di Masjid Quba’ Panji.

Dalam ucapan YABrs. Tuan YDP, beliau menyampaikan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) atas sokongan serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Majlis ini yang turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohamad Nuri bin Mat Yaacob, Timbalan Ketua WHIP MPKB-BRI, YBrs. Tuan Mahzan bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI, YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Ab Rahim, Pengarah Perkhidmatan Bandar MPKB-BRI, YBrs. Puan Nur Shasni binti Mohd Rusok, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan MPKB-BRI dan YBrs. Encik Mohd Salamudin bin Ab Salam Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MPKB-BRI selaku urusetia bersama program telah meraikan penerima-penerima yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bandar yang bertugas pada musim perayaan dan juga pekerja kebersihan bangunan MPKB-BRI iaitu kakitangan SS Suri Sdn. Bhd. turut menerima manfaat melalui majlis ini.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih ini membuktikan sokongan dan komitmen Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat dengan kerja-kerja kebersihan semasa musim perayaan ini.

 SUMBANGAN1

SUMBANGAN2

SUMBANGAN3

SUMBANGAN4

SUMBANGAN5

  • Hits: 21