KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA KELANTAN (SSM) KE MPKB-BRI
08 April 2025, Selasa – MPKB-BRI dengan sukacitanya menerima kunjungan hormat daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia Kelantan (SSM). Kunjungan diketuai oleh YBrs Encik Mohd Zawawi Bin Ahmad (Pengarah SSM Kelantan) bersama 3 orang pegawai kanan.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan memperluas jaringan dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Selain itu, pertemuan ini juga adalah untuk memberikan penjelasan mengenai keperluan pendaftaran perniagaan yang sah, di samping membantu peniaga memahami prosedur mendapatkan lesen yang diperlukan. Ini adalah langkah penting dalam memastikan peniaga menjalankan perniagaan dengan cara yang sah dan lebih terjamin.
SSM Kelantan turut berkongsi manfaat pendaftaran syarikat, termasuk kemudahan perbankan, perlindungan hak undang-undang, dan kepercayaan yang lebih tinggi daripada pelanggan. Adanya lesen yang sah, peniaga dapat berkembang dengan lebih yakin dan mengelakkan sebarang masalah undang-undang di masa hadapan.
Pihak MPKB-BRI sentiasa komited untuk memajukan dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan. Semoga dengan kerjasama ini, kita dapat terus membangunkan negeri kita ke arah yang lebih maju.
- Hits: 85