Accessibility Tools

Skip to main content

RINGKASAN MPKB-BRI

Ringkasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI)

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus pembangunan bandar di kawasan Kota Bharu. MPKB-BRI menyediakan pelbagai perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat seperti pengurusan kebersihan bandar, kutipan cukai taksiran, kawalan pembangunan, pengurusan lesen perniagaan, penyelenggaraan kemudahan awam serta pengurusan aduan awam. Pentadbiran MPKB-BRI turut berpandukan kepada nilai 5KAF iaitu Kebersihan, Keindahan, Keceriaan, Keselamatan dan Kemudahan serta mengamalkan konsep UMI (Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan) dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan. Pendekatan ini dilaksanakan selaras dengan dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam yang menekankan pembangunan berteraskan nilai Islam, kesejahteraan masyarakat dan tadbir urus yang berintegriti. Selain itu, MPKB-BRI turut menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Islam Pintar Kota Bharu 2035 yang bertujuan menjadikan Kota Bharu sebagai bandar pintar berteraskan nilai Islam melalui penggunaan teknologi digital, sistem perkhidmatan dalam talian, pengurusan bandar yang cekap serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk serta menjadikan Kota Bharu sebagai bandar yang mampan, bersih, selamat dan berdaya saing

 

kbairport

 

  • Last updated on .
  • Hits: 5