Tabung Ihya Ramadan MPKB-BRI
Program Madinah Ramadhan 1446H/2025 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam akan bermula Awal Ramadhan (1 Ramadhan 1446H) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1446H ) bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Antara program-program yang diaturkan adalah seperti berikut:-
- Solat Terawih pada setiap malam
- Tahsin Qiraat 30 Juzuk Al-Quran pada setiap pagi
- Iftor Jama'e pada setiap hari
- Halaqah Anak Syurga pada setiap petang
- Haza Hadis pada setiap hari selepas solat terawih
- Kiosk Perkhidmatan setiap hari
- Tazkirah Madinah Ramadan selepas dua salam
- Hadhanah Al-Atfal pada setiap malam
- Interaksi A-Quran
- Majlis Perasmian Madinah Ramadan oleh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Negeri Kelantan
- Sumbangan Kasih kepada Asnaf, Armalah dan Anak-anak Yatim
- Forum Perdana Muslimat
- Bicara Nuzul Al-Quran
- Sepetang Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus
- Qiamullail dan Bersahur
- Pertandingan Kaligrafi
- Bicara Badar Kubra
- World Quran Hour
- Solat dan Khutbah Aidil Fitri
Sumbangan Amatlah Dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui SCAN QR KOD dibawah:-
Firman Allah yang bermaksud “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

- Hits: 93