MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPKB-BRI TAHUN 2024
1 Jun 2025, Ahad -Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI ) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKB-BRI Tahun 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan sekaligus menjadi perasmi kepada majlis gemilang tersebut. Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Mohamed Yang Dipertua MPKB-BRI , YBrs Tuan Haji Mohamad bin Othman Setiausaha MPKB-BRI dan YBrs. Encik Mahzan bin Che Mohamed, Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, SUK Negeri Kelantan serta barisan Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI.
Seramai 41 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan MPKB-BRI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2024 melibatkan 2 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 39 orang kakitangan daripada kumpulan sokongan.
Anugerah ini diberi di atas kecemerlangan khidmat bakti dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2024. Majlis diserikan dengan persembahan pasukan dikir barat Mutiara Jati Sri Panji serta tayangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh MPKB-BRI sepanjang tahun 2024. Majlis ini adalah merupakan penghargaan pihak pengurusan tertinggi MPKB-BRI kepada seluruh anggota atas penat lelah, usaha dan komitmen berterusan yang membolehkan organisasi MPKB-BRI mengecap pelbagai kejayaan danpengiktirafan di peringkat negeri dan nasional.
Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta terima kasih kepada semua wargakerja Majlis yang telah bertungkus lumus membantu demi memastikan Kota Bharu terus maju jaya pada masa hadapan.
- Hits: 7