PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN (“FIRE DRILL”)
Pada 22 Jun 2025, telah berlangsung Program Latihan Kebakaran (“Fire Drill”) anjuran Bahagian Pentadbiran, MPKB-BRI dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI serta Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.
Program tersebut melibatkan 100 orang kakitangan di Pejabat MPKB-BRI Cawangan Panji yang merangkumi kakitangan Bahagian Kebersihan, Kesihatan Awam dan Mekanikal.
Program tersebut telah dimulai dengan sesi Taklimat Berkaitan Keselamatan Kebakaran Di Premis / Tempat Kerja oleh YS. Puan Alam Nasut Binti Haji Ilias selaku Timbalan Penguasa Bomba II. Seterusnya, sesi Taklimat Berkaitan Kaedah Penggunaan Alat Pemadam Api dan Demonstrasi Memadamkan Kebakaran telah disempurnakan oleh YS. Tuan Saiful Bin Muhammad Rasid selaku Pegawai Bomba Kanan I.
Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan setiap individu dalam menghadapi situasi kebakaran, memastikan setiap individu tahu bagaimana bertindak dengan selamat dan kaedah menggunakan peralatan pemadam kebakaran dengan betul. Latihan tersebut juga bertujuan untuk melatih setiap individu terhadap prosedur menyelamatkan diri dan mengosongkan bangunan dengan cekap sekiranya berlaku kebakaran.
- Hits: 37