LAWATAN YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE TAPAK PROJEK LANDSKAP PERBANDARAN KOTA BHARU
26 Januari 2026, isnin - Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan mencemar duli mengadakan lawatan ke Tapak Projek Pembangunan Landskap Perbandaran Kota Bharu, Kelantan. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Ahli Majlis, MPKB-BRI, Setiausaha MPKB-BRI, pegawai MPKB-BRI, pegawai Jabatan Landskap Negara (JLN), pegawai-pegawai Istana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta wakil kontraktor dan perunding projek.
Program dimulakan dengan ucapan aluan ringkas oleh YABhg. Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, diikuti dengan taklimat ringkas projek oleh YBrs. Dr. Mazifah Binti Simis, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Landskap Negara.
Seterusnya, YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan meninjau kawasan projek untuk mengetahui dengan lebih lanjut kemajuan kerja di tapak. Tiga kawasan utama yang terlibat semasa sesi lawatan tersebut iaitu kawasan Padang Merdeka, Bulatan Medan Tuan Padang serta kawasan Lorong Belakang.
Sepanjang sesi lawatan YTM Tengku Mahkota Kelantan turut didedahkan dengan matlamat pelaksanaan projek ini landskap ini yang bertujuan menyediakan ruang hijau berkualiti, persekitaran awam yang selesa dan selamat, serta penerapan elemen landskap beridentiti tempatan. Inisiatif ini turut menyokong agenda kelestarian bandar dan peningkatan kualiti alam sekitar demi kesejahteraan rakyat serta usaha menaik taraf imej Bandar Kota Bharu.
Lawatan ini telah diadakan selepas waktu kerja pembinaan supaya tiada gangguan di tapak bina.






- Last updated on .
- Hits: 12