LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK PEMBESARAN DAN MENAIKTARAF LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA, KOTA BHARU (LTSIP) – FASA 2
29 Januari 2026 (Khamis) – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Pembesaran dan Menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (LTSIP) Fasa 2. Lawatan ini diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Ahli-ahli Majlis, wakil agensi teknikal berkaitan, pihak kontraktor WCT Berhad, pihak perunding Surea Mamat Arkitek, serta pegawai-pegawai MPKB-BRI.
Lawatan tapak ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kerja (duty of care) iaitu pemantauan pembangunan di tapak selaras dengan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Ia bertujuan memastikan pelaksanaan pembinaan mematuhi kelulusan pelan pembangunan sebelum bangunan disahkan siap bagi tujuan pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Diharapkan projek pembesaran dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Fasa 2 ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, memperkukuh sektor pelancongan dan perhubungan udara, serta meningkatkan kesejahteraan dan kemudahan kepada rakyat secara keseluruhannya.





- Last updated on .
- Hits: 9