Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA & TAZKIRAH BULANAN MPKB-BRI

05 April 2026, Ahad - Alhamdulillah, telah berlangsung Program Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah Bulanan bagi kakitangan MPKB-BRI yang diadakan di Masjid Jamek D'Raja Long Yunus, Langgar, Kota Bharu.

Program dimulakan dengan pelaksanaan solat sunat Dhuha secara berjemaah yang dihadiri oleh kakitangan MPKB-BRI sebagai usaha menyuburkan amalan rohani serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam kesibukan tugasan harian.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Saifuddin Bin Wan Abdul Ghani, Imam Tua Masjid Jamek D'Raja Long Yunus. Tazkirah yang disampaikan penuh dengan nasihat dan peringatan berguna, khususnya berkaitan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah serta memperkukuhkan nilai integriti dalam menjalankan amanah sebagai penjawat awam.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha membentuk warga kerja yang seimbang dari segi rohani dan profesionalisme.

Dhuha2

Dhuha3

Dhuha4

Dhuha5

Dhuha6

  • Last updated on .
  • Hits: 23