π πππππ¦ π£ππ‘π¬ππ₯ππππ‘ π¦π¨π πππ‘πππ‘ πππ£πππ π ππ‘ππ¦π πππππππ₯ππ‘ ππ ππ πππππ ππ¨ππ’π, ππ’π§π ππππ₯π¨, πππππ‘π§ππ‘
06 APRIL 2026, ISNIN - Satu majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran telah diadakan di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang terjejas akibat insiden kebakaran yang berlaku pada 3 April 2026 (Jumaat) lalu.
Kebakaran tersebut telah melibatkan sebanyak lapan buah rumah dan mengakibatkan kemusnahan besar kepada penduduk setempat. Hasil siasatan awal mendapati bahawa punca kejadian adalah dipercayai berpunca daripada letupan tong gas, yang menyebabkan api merebak dengan cepat ke rumah-rumah berhampiran.
Majlis penyerahan sumbangan bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAB Datoβ Panglima Perang Ustaz Datoβ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta harta benda dalam kejadian tersebut.
YBrs. En Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Ahli Majlis, telah menyempurnakan penyampaian sumbangai bagi pihak MPKB-BRI.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI serta pegawai MPKB-BRI.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk menyampaikan bantuan, malah turut memberi sokongan moral kepada mangsa agar terus tabah menghadapi ujian. Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan, sedikit sebanyak dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan serta membina semula kediaman mereka. #MembangunBersamaIslam #MPKBBRI #PBT #KELANTAN








- Last updated on .
- Hits: 18