Accessibility Tools

Skip to main content

KURSUS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN KESERONOKAN BEKERJA

07 April 2026, Selasa - Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI telah mengadakan Kursus Kesejahteraan Psikologi dan Keseronokan Bekerja bertempat di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI

Taklimat disampaikan oleh YBrs. Puan Norhayati binti Muhamad, Penolong Pengarah Kanan (Psikologi), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Kursus ini melibatkan 58 orang kakitangan MPKB-BRI dari pelbagai Jabatan dan Bahagian.

Objektif utama kursus ini adalah memberi pendedahan tentang kepentingan dalam pengurusan mental dan emosi ketika berada di tempat kerja dan mengetahui kaedah dan strategi pengurusan kendiri dalam amalan seharian. Kursus ini juga memberi penekanan dalam mengurus dan menangani stress dengan lebih baik serta amalan kesihatan mental yang sihat bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan bekerja.

KURSUS2

KURSUS3

KURSUS4

KURSUS6

KURSUS5

  • Last updated on .
  • Hits: 13