Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPKB-BRI TAHUN 2025

10 MEI 2026, Ahad - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKB-BRI Tahun 2025 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan sekaligus menjadi perasmi kepada majlis gemilang tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh YABhg. Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs Tuan Haji Mohamad bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI serta barisan Ahli-Ahli Majlis, Pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI. Seramai 34 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan MPKB-BRI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025 terdiri daripada 2 pegawai Pengurusan dan Profesional dan 32 kakitangan daripada kumpulan pelaksana. Anugerah ini diberikan kepada penerima –penerima di atas kecemerlangan khidmat bakti dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2025. Majlis diserikan dengan persembahan pasukan dikir barat Seri Budi Jati dari Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI serta tayangan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh MPKB-BRI sepanjang tahun 2025.

Majlis ini adalah merupakan penghargaan pihak pengurusan tertinggi MPKB-BRI kepada seluruh anggota atas penat lelah, usaha dan komitmen berterusan yang. membolehkan organisasi MPKB-BRI mengecap pelbagai kejayaan dan pengiktirafan diperingkat negeri dan nasional.

Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta terima kasih kepada semua warga kerja Majlis yang telah bertungkus lumus membantu demi memastikan Kota Bharu terus maju jaya pada masa hadapan.

APC1

APC0

APC2

APC3

APC4

APC5

  • Last updated on .
  • Hits: 13