MPKB-BRI ADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
π π£ππ-ππ₯π ππππππ‘ πππͺππ§ππ‘ π£ππ‘ππ‘ππ ππ₯ππ¦ ππ π πππππ¦ πππ‘πππ₯ππ¬π π£π¨πππ¨ π£ππ‘ππ‘π
6 Mei 2026 - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang berlangsung di Bilik Perdana, Tingkat 4, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), pagi tadi.
Delegasi MPKB-BRI diketuai oleh Yang Di-Pertua MPKB-BRI, YABhg. Datoβ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman. Turut hadir ialah Setiausaha MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman bersama barisan pengarah dan pegawai jabatan MPKB-BRI.
Sesi ini dikelolakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Venue), Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP, YBrs. Encik Hashim Bin Johan yang merakamkan penghargaan kepada pihak MPKB-BRI atas kesudian mengadakan lawatan penanda aras ke MBPP.
YABhg. Datoβ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman menzahirkan penghargaan kepada MBPP atas sambutan mesra yang diberikan serta menyatakan hasrat untuk menjadikan MBPP sebagai rujukan dalam aspek pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang merangkumi perkongsian berkaitan inisiatif bandar hijau dan bandar pintar oleh MBPP.
Taklimat pertama bertajuk Perkongsian Inisiatif Bandar Hijau telah disampaikan oleh Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Cik Fatin Nur Ariefah Binti Maseri. Taklimat tersebut menyentuh dasar dan rangka kerja pembangunan mampan termasuk Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF), Pelan Tindakan Iklim Pulau Pinang 2030 serta pelbagai inisiatif bandar hijau yang dilaksanakan di Pulau Pinang.
Antaranya termasuk pensijilan bangunan hijau, pembangunan projek hijau seperti Setia SPICE, Kompleks Sukan Relau dan Pasar Chowrasta, pelaksanaan Program Tenaga Solar Fasa 1 di tujuh bangunan, program ESG (Environmental, Social & Governance) serta pengurusan sisa dan amalan kitar semula.
Sementara itu, taklimat kedua berkaitan Virtual Island of Penang (VIP) telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Encik Mohamed Daniel Iqbal Bin Mohamed Isa. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai elemen utama platform VIP Smart Cities Management Platform yang merangkumi Smart Governance, Smart Environment, Smart Economy, Smart Mobility, Smart Digital, Smart Social dan Smart Living.
Selain itu, turut dikongsikan Standard Indikator Bandar Pintar Malaysia yang berkait rapat dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations - UN) serta garis masa penarafan bandar pintar bagi tahun 2024 di MBPP.
Lawatan penanda aras ini diharap dapat menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara MPKB-BRI dan MBPP di samping membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam aspek pengurusan bandar dan penyampaian perkhidmatan awam.
Selain sesi taklimat dan perbincangan, delegasi MPKB-BRI turut dibawa melawat Pusat Kawalan CCTV MBPP (IOC) dan Kaunter Pintar MBPP di Tingkat 3, Komtar.
βMemimpin Sambil Berkhidmatβ
#MPKBBRI
#MBPP
#BandarHijau
#BandarPintar
#lawatanpenandarasan






- Last updated on .
- Hits: 10