Accessibility Tools

Skip to main content

Program : Kuliah Maghrib, Pameran dan Gotong-Royong Sempena Kempen Wabak Denggi

Tarikh: 15/05/2026 & 16/05/2026

Program : Kuliah Maghrib, Pameran dan Gotong-Royong Sempena Kempen Wabak Denggi

Aktiviti Ceramah, Kuliah Maghrib dan Pameran Demam Denggi sempena Kempen Wabak Denggi telah diadakan di Masjid Raudhatul Muttaqin Mukim Kemumin pada 15/05/2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan serta jawatankuasa masjid atas layanan dan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menyertai program yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dan Masjid Raudhatul Muttaqin Mukim Kemumin.

Pada 16/05/2026, program gotong-royong turut diadakan dengan penglibatan anggota Bahagian Kesihatan Awam MPKB-BRI bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu (PKD KB), pihak masjid, komuniti setempat serta pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan pencegahan dan kawalan wabak denggi.

Program Kempen Wabak Denggi ini akan berlangsung selama tiga (3) bulan bermula Mei hingga Julai 2026 dengan pelbagai aktiviti kesedaran dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Majlis perasmian program dijangka akan diadakan pada pertengah bulan Julai 2026.

#MPKBBRI
#KempenWabakDenggi
#KesihatanAwam
#CegahDenggi
#KomunitiSihat
#PKDKotaBharu
#umk

DENGGI3

DENGGI1

DENGGI2

 

DENGGI4

  • Last updated on .
  • Hits: 48