πππ‘ππππ ππππππ‘ π£ππ‘ππ¨ππ¨π₯ππ‘ π£ππ‘πππ£ππππ‘ πππ‘πππ₯ π₯ππ¬π ππ¦πππ π π£ππ-ππ₯π πππ₯πππ¬π ππππππππ‘ ππ πππ£π ππ¨πππ§ π¦ππ₯ππ
KUALA KRAI, 20 Mei 2026 β Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) telah berjaya menganjurkan Bengkel Kajian Pengukuran Pencapaian Bandar Raya Islam MPKB-BRI pada 18 hingga 20 Mei 2026 bertempat di Institut Kemahiran Pertanian (IKPK) Bukit Sireh, Kuala Krai.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Fasa Pertama kajian yang bertujuan membangunkan satu kerangka penilaian yang sistematik bagi mengukur tahap pencapaian, keberkesanan dan impak pelaksanaan dasar Bandar Raya Islam di MPKB-BRI. Kajian ini turut menilai sejauh mana matlamat yang digariskan dalam Pelan Induk Kota Bharu Bandar Raya Islam 2006β2015 telah berjaya direalisasikan sebagai dokumen strategik utama yang memandu pembangunan bandar berteraskan nilai-nilai Islam.
Antara objektif utama bengkel ini ialah:
Menetapkan domain, indikator dan elemen utama bagi Indeks Prestasi Bandar Raya Islam MPKB-BRI.
Mengenal pasti dan memuktamadkan pelantikan panel pakar yang berkelayakan untuk membangunkan instrumen pengukuran.
Merangka pelan tindakan serta persiapan teknikal dan logistik bagi bengkel utama pembinaan instrumen kajian.
Kajian ini dilaksanakan sejajar dengan aspirasi MPKB-BRI untuk memastikan agenda pembangunan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam terus diperkasa dan kekal relevan dengan dasar Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI), prinsip Ubudiyyah, Masβuliyyah dan Itqan (UMI), serta lima teras pembangunan MPKB-BRI yang dikenali sebagai 5 Kaf, iaitu Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan.
Bengkel ini telah disertai oleh lima (5) orang Ahli Majlis MPKB-BRI, iaitu:
YBrs. Encik Mohd Nuri bin Yaacob, Ketua Whip Ahli Majlis, YBrs. Ustaz Nor Azariza bin Mohd Alawi, YBrs. Haji Mohd Azmi bin Nor, YBrs. Encik Mohd Faris bin Basyer dan YBrs. Cik Azalina binti Harun.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan MPKB-BRI, antaranya:
YBrs. Tuan Haji Mohamad bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, YBrs. Tuan Haji Ropien bin Hasan, Pengarah Khidmat Pengurusan, YBrs. Tuan Haji Izuddin bin Abdul Rashid, Pengarah Pentadbiran;
YBrs. Encik Hafez bin Abdul Samad, Pengarah Khidmat Bandar, YBrs. Encik Hilmi bin Abdullah, Pengarah Penilaian dan YBrs. Tuan Haji Wan Mohd Sharafi bin Wan Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Islam.
Bengkel ini dipengerusikan oleh YBrs. Ustaz Burhanuddin bin Ahmad, Timbalan Pengarah ILDAN. Sesi perbincangan telah difasilitasi oleh dua orang pakar dari Universiti Teknologi PETRONAS, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Nuri Al-Amin bin Endut dan Profesor Madya Dr. Muhammad Ridhuan Tony Lim bin Abdullah.
Manakala urusan dokumentasi dan pencatatan hasil perbincangan dibantu oleh:
Dr. Atifah binti Ahmad Yusoff (Universiti Malaya);
Dr. Azwani binti Mansor @ Noordin; dan
Dr. Suriani binti Saufi (kedua-duanya daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra).
Penganjuran bengkel ini menandakan langkah awal yang signifikan ke arah menghasilkan satu kajian komprehensif mengenai pencapaian MPKB-BRI sejak Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam pada 1 Oktober 2005.
Adalah diharapkan hasil kajian ini akan menjadi asas penting kepada MPKB-BRI untuk menilai prestasi semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan, serta merangka strategi baharu yang lebih berkesan dalam merealisasikan visi Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam yang unggul, mampan dan menjadi model rujukan di peringkat nasional dan antarabangsa.



- Last updated on .
- Hits: 32