KUNJUNGAN HORMAT MEDIA PRIMA KE MPKB-BRI BAGI PENGANJURAN KARNIVAL JOM HEBOH
ππ¨π‘ππ¨π‘πππ‘ ππ’π₯π ππ§ π ππππ π£π₯ππ π ππ π πππππ¦ π£ππ₯πππ‘πππ₯ππ‘ ππ’π§π ππππ₯π¨ πππ‘πππ₯ π₯ππ¬π ππ¦πππ ππππ π£ππ‘πππ‘ππ¨π₯ππ‘ πππ₯π‘ππ©ππ ππ’π ππππ’π
3 Jun 2026 | Rabu - YABhg Datoβ Yang Dipertua MPKB-BRI telah menerima kunjungan hormat daripada wakil-wakil Media Prima yang diketuai oleh Encik Hairi Bin Zolhaini selaku Pengurus Projek Karnival Jom Heboh.
Di dalam pertemuan tersebut telah dibincangkan cadangan pengisian Karnival Jom Heboh yang akan diadakan di RTC Kota Bharu pada 25 hingga 27 Jun 2026.
Kedua-dua belah pihak telah bertukar pandangan mengenai aspek pengurusan acara berdasarkan skop pematuhan syarat-syarat pelesenan dan kawalan aktiviti hiburan sebagaimana yang digariskan di bawah peruntukan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan sebarang penganjuran Karnival Jom Heboh di Negeri Kelantan dilaksanakan secara teratur, mematuhi kehendak undang-undang serta selaras dengan aspirasi pembangunan sosial dan ekonomi negeri.
#kelantankubersih
#pelesenanmpkbbri
#kotabharukotabudaya



- Last updated on .
- Hits: 10