Accessibility Tools

Skip to main content

OPERASI PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN BAGI MENGENAL PASTI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN YANG MELANGGAR SYARAT LESEN PERNIAGAAN

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melalui Jabatan Perkhidmatan Bandar telah mengadakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengenal pasti premis-premis perniagaan yang melanggar syarat lesen perniagaan, khususnya kegagalan menyediakan tong sampah di premis masing-masing.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati masih terdapat premis yang tidak mematuhi syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh MPKB-BRI. Sehubungan itu, pihak majlis telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis serta kompaun terhadap premis-premis yang melakukan kesalahan sebagaimana diperuntukkan di bawah syarat-syarat perlesenan MPKB-BRI.

Pihak MPKB-BRI menyeru semua pemilik premis perniagaan, kedai makan, restoran serta penduduk yang menggunakan perkhidmatan kutipan sampah door-to-door yang disediakan oleh majlis supaya menyediakan tong sampah yang bersesuaian di premis masing-masing.

Langkah ini amat penting bagi memastikan sampah tidak berterabur di atas jalan, mengelakkan gangguan haiwan liar, menjaga kebersihan persekitaran, serta memelihara kesejahteraan dan keindahan Bandar Raya Kota Bharu.

“Setiap Premis Satu Tong Sampah – Bersama Kita Menjaga Kebersihan Bandar Raya Kota Bharu.”

PREMIS%20PERNIAGAAN1

PREMIS%20PERNIAGAAN2

PREMIS%20PERNIAGAAN3

  • Last updated on .
  • Hits: 22