Accessibility Tools

Skip to main content

KONVOI MUHIBBAH MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA KE MPKB-BRI

10 Jun 2026, Kota Bharu – Sebanyak 25 buah motorsikal berkuasa tinggi yang diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Zahri Bin Haji Samigon, Datuk Bandar Petaling Jaya hadir bagi mengadakan kunjung hormat kepada Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sempena Konvoi Sambutan Hari Bandaraya Petaling Jaya ke 20 tahun 2026.

Menyambut ketibaan konvoi tersebut ialah Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Tuan Haji Ropien Bin Hasan, Pengarah Khidmat Pengurusan MPKB-BRI, Puan Nur Shasni Bin Mohd Rusok, Pengarah Pengurusan Korporat MPKB-BRI, dan pegawai-pegawai MPKB-BRI.

Datuk Bandar Petaling Jaya turut berkongsi tentang pencapaian-pencapaian MBPJ sepanjang 2024-2025 dan mempelawa MPKB-BRI untuk membuat program bersama MBPJ dan menghantar pegawai/kakitangan MPKB-BRI untuk belajar cara kerja MBPJ yang mana boleh dilaksanakan di majlis.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Bandar Petaling Jaya juga menjemput warga kerja MPKB-BRI dan Warga Kota Bharu untuk menghadiri Sambutan Hari Bandaraya Petaling Jaya yang akan bermula pada 16 hingga 21 Jun 2026 ini.

#MPKBBRIPrihatin #MPKBBRIBersamaMasyarakat #KonvoiMBPJ #KelantankuBersih #HariBandarayaPetalingJaya

BIKERS1

BIKERS2

BIKERS4

BIKERS5

BIKERS6

  • Last updated on .
  • Hits: 25