Accessibility Tools

Skip to main content

MPKB-BRI BERSAMA MBPJ SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG GOK KAPUR

π— π—£π—žπ—•-𝗕π—₯π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗕𝗣𝗝 π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π—šπ—’π—ž π—žπ—”π—£π—¨π—₯

10 Jun 2026, Kota Bharu – Dato’ Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman hari ini turun menyantuni kesemua 27 ketua isi rumah yang terlibat dalam kebakaran yang menyayat hati pada 8 Jun 2026.

Hadir bersama beliau ialah Dato’ Haji Mohd Zahri Bin Haji Samigon, Datuk Bandar Petaling Jaya, Encik Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob, Ketua Ahli Majlis MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI dan MBPJ, Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiuasaha MPKB-BRI, Pegawai-Pegawai MPKB-BRI dan Peserta Konvoi MBPJ.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Yang Dipertua MPKB-BRI menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan dapur kepada semua ketua isi rumah yang terlibat bagi pihak MPKB-BRI. Manakala Datuk Bandar Petaling Jaya pula turut menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa dalam bentuk wang tunai bagi meringankan beban yang sedang ditanggung.

Kami mendoakan semua mangsa dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujian yang diberikan dan akan dipermudahkan urusan.

#MPKBBRIPrihatin #MPKBBRIBersamaMasyarakat #KonvoiMBPJ #KELANTANKUBERSIH

KEBAKARAN1

KEBAKARAN2

KEBAKARAN3

KEBAKARAN4

KEBAKARAN

 

  • Last updated on .
  • Hits: 26