Accessibility Tools

Skip to main content

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN KELANTAN MENYANTUNI MANGSA-MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GOK KAPOR

Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan atas keprihatinan dan kemurahan hati baginda yang telah mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapor semalam.

Kehadiran baginda bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada keluarga yang terjejas, malah mencerminkan sifat prihatin dan kasih sayang seorang pemerintah terhadap rakyat yang sedang menghadapi ujian. Baginda turut berkenan mendengar sendiri keadaan mangsa serta menyampaikan bantuan dan kata-kata semangat bagi meringankan beban yang ditanggung.

Semoga segala usaha dan keprihatinan yang dizahirkan oleh baginda menjadi sumber kekuatan kepada mangsa-mangsa kebakaran untuk terus tabah menghadapi dugaan serta dipermudahkan urusan mereka dalam membina semula kehidupan.

Daulat Tuanku.

TUANKU1

TUANKU2

TUANKU3

  • Last updated on .
  • Hits: 20