Accessibility Tools

Skip to main content

MPKB-BRI ADAKAN LAWATAN KERJA KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BERIS LALANG, BACHOK

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—₯𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯𝗔𝗑 π—žπ—’π—§π—” 𝗕𝗛𝗔π—₯𝗨 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—œπ—¦π—Ÿπ—”π—  π—”π——π—”π—žπ—”π—‘ π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—žπ—˜ π—§π—”π—£π—”π—ž π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—£π—¨π—¦π—”π—‘ 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 π—•π—˜π—₯π—œπ—¦ π—Ÿπ—”π—Ÿπ—”π—‘π—š, π—•π—”π—–π—›π—’π—ž

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang, Bachok, Kelantan.

Rombongan lawatan diketuai oleh YABhg. Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI, bersama Ketua Ahli Majlis MPKB-BRI, Tuan Setiausaha MPKB-BRI serta diiringi oleh barisan pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Yang Dipertua telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn. Bhd. (KUM) bersama barisan pengurusan syarikat.

Untuk makluman, Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn. Bhd. merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang telah dilantik oleh MPKB-BRI bagi menguruskan operasi Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang, Bachok.

Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat pengurusan operasi tapak pelupusan sampah termasuk aspek pengendalian sisa pepejal, kaedah pelupusan, penyelenggaraan fasiliti serta pengurusan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan tapak.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi medan perbincangan dan perkongsian pandangan antara MPKB-BRI dan pihak Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn. Bhd. dalam usaha mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan sisa pepejal serta memastikan sistem pelupusan sampah dilaksanakan secara teratur, mampan dan mesra alam.

MPKB-BRI sentiasa komited dalam memperkukuhkan pengurusan kebersihan bandar serta memastikan penyampaian perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang terbaik demi menjadikan Kota Bharu sebuah bandar raya yang bersih, sejahtera dan lestari.

TAPAK%20PELUPUSAN1

TAPAK%20PELUPUSAN2

TAPAK%20PELUPUSAN3

TAPAK%20PELUPUSAN4

TAPAK%20PELUPUSAN5

  • Last updated on .
  • Hits: 21