Accessibility Tools

Skip to main content

KONVOI BERMOTOSIKAL BELIA BENCI DADAH 2026

12 Jun 2026, Jumaat - Program Konvoi Bermotosikal Belia Benci Dadah telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya dadah serta memupuk gaya hidup sihat dan bebas jenayah. Konvoi bermula dari Pejabat Proton EON Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra dengan penglibatan 50 orang klien AADK, 15 orang Marshall AADK, 3 buah kenderaan Proton serta anggota Trafik PDRM.

Sepanjang perjalanan, peserta singgah di Pasar Melor bagi mengedarkan risalah dan flyer Belia Benci Dadah kepada masyarakat setempat sebagai usaha menyebarkan mesej pencegahan dadah kepada orang ramai. Konvoi berakhir di Masjid Ayesha, Kok Lanas yang menjadi lokasi utama pelaksanaan program pengisian kerohanian dan kemasyarakatan.

Ceramah Motivasi & Kerohanian selepas solat Maghrib disampaikan oleh Dae Wafi, yang menyentuh aspek pembinaan jati diri, pengukuhan akhlak dan kepentingan menjauhi gejala sosial. Selepas solat Isyak, sesi diteruskan dengan ceramah oleh PDRM bertajuk “Pencegahan Jenayah Dalam Komuniti”, yang memberi pendedahan mengenai peranan masyarakat dalam membendung jenayah dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

Program turut menyaksikan peluncuran rasmi Skuad JKPD AADK Kota Bharu sebagai langkah memperkasakan penglibatan komuniti dalam agenda pencegahan dadah dan pembangunan masyarakat.

Peserta turut menyertai aktiviti Qiamullail sebagai pengisian rohani bagi meningkatkan keinsafan, ketahanan diri dan kekuatan spiritual dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Pada keesokan harinya, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong bersama Majlis Daerah Ketereh di Taman Makmur, bersebelahan Masjid Ayesha, sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

Terima kasih kepada semua peserta, agensi terlibat dan komuniti setempat yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

KONVOI%20BELIA%20BENCI%20DADAH1

KONVOI%20BELIA%20BENCI%20DADAH2

KONVOI%20BELIA%20BENCI%20DADAH3

KONVOI%20BELIA%20BENCI%20DADAH4

KONVOI%20BELIA%20BENCI%20DADAH5

  • Last updated on .
  • Hits: 31