AKTIVITI GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN PASCA KEBAKARAN KAMPUNG GOK KAPUR, KOTA BHARU
16 Jun 2026, Selasa - Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI bersama Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu serta agensi-agensi terlibat telah berganding bahu dalam menjayakan aktiviti gotong-royong pembersihan dan pemulihan pasca kebakaran di Kampung Gok Kapur.
Turut serta dalam program ini ialah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Bharu, Majlis Daerah Ketereh, Majlis Daerah Tumpat, Kolej Uniti Kota Bharu serta penduduk setempat yang merupakan mangsa kebakaran.
Semoga usaha murni ini dapat membantu meringankan beban mangsa serta mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas.
#MPKBBRI #PTJKB #GotongRoyong #PascaKebakaran #KampungGokKapur #KotaBharu #PrihatinKomuniti





- Last updated on .
- Hits: 15