PROGRAM KARNIVAL RIANG RIA KOMUNITI JAWATANKUASA PENDUDUK DEMIT
17 Jun 2026, Rabu - Program Karnival Riang Ria Komuniti JKP Demit telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat serta pelbagai agensi yang turut mengambil bahagian melalui reruai pameran dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Ustaz Haji Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan merangkap Adun Demit serta YABhg. Dato’ Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Yang Dipertua MPKB-BRI. Turut serta YBrs. En Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob, Ketua Whip, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI, pimpinan setempat dan semua pihak yang menjayakan karnival.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival antaranya pertandingan mewarna, pertandingan karom, sepakan penalti, gubahan tuala, permainan tradisional Musang Berjanggut, cabutan bertuah serta persembahan hiburan oleh Fendi Kenali dan kumpulan dikir barat yang berjaya menarik perhatian para pengunjung.
Penganjuran program seumpama ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, di samping menyemarakkan semangat kejiranan serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#MPKBBRI
#KotaBharuBandarRayaIslam
#JKPDemit
#KarnivalRiangRiaKomuniti
#PrihatinRakyat





- Last updated on .
- Hits: 21